Pertandingan Takraw

Lokasi: Lapangan

Masa: 08:00 AM
Senarai Program

Maklumat Program

Seiring dengan program Jelajah Forum Dan Ekpo Mampan Perak 2017,satu aktiviti akan dijalankan bagi memeriahkan dan menjayakan program tersebut. Butiran aktiviti adalah seperti berikut :-

Aktiviti               : Sepak Takraw  JFEM Perak 2017

Pic                      : En. Saudi Bin Kasmuri

Penolong Pic     : 1 orang

Urusetia C/P      : 8 orang

Tempat               : Gelanggang Sepak Takraw RTC Gopeng Perak

Tarikh                 : 19 Februari 2017 (Ahad)

Masa                   : 8.00am – 11.00am

Jumlah Peserta : 50 orang kelab/persatuan

Pakaian              : Pakaian sukan

 

PERATURAN AM PERTANDINGAN

  • Peserta akan dibahagikan kepada beberapa pasukan.     
  • Setiap pasukan terdiri 5 orang termasuk 2 orang pemain simpanan serta melantik seorang ketua pasukan bagi  memimpin pasukan tersebut.
  • Mengikut undang-undang dan peraturan Am Kejohanan Sukan Jelajah Forum Dan Ekspo Mampan yang dikuatkuasakan sepanjang kejohanan ini.


UNDANG-UNDANG PERMAINAN DAN PERATURAN

  • Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF (Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa) yang terkini termasuk pindaan yang disahkan dan peraturan Kejohanan  Sukan Jelajah Forum Dan Ekspo Mampan.
  • Kiraan mata 21 dengan 3 kali servis berturut-turut akan digunakan dalam pertandingan.
  • Setiap perlawanan akan diadakan 2 set. Sekiranya seri 1-1. Set ketiga atau set penentuan akan diadakan dengan kiraan mata 21.
  • Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan  Kejohanan Sukan Jelajah Forum Dan Ekspo Mampan  atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
    • Semua kejadian yang diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Sukan Jelajah  Forum Dan Ekspo Mampan
    • Semua persoalan teknikal akan diputuskan oleh jawatankuasa Pengelola.


KELAYAKAN PEMAIN

  • Rujuk Perkara 5 Peraturan Am  Kejohanan Sukan   Jelajah  Forum Dan Ekspo Mampan.

 

PENDAFTARAN PEGAWAI DAN PEMAIN

  • Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan yang terdiri daripada:

 AHLI KONTINJEN                  BILANGAN

                Ketua Pasukan                        1 orang

                Pemain                                    3 orang (Termasuk Ketua Pasukan)

                Pemain simpanan                    2 orang

                Jumlah                                    5 Orang

 

REFERI KEHORMAT/ KETUA PENGADIL/ PENGADIL

  • Rujuk Perkara 9 Peraturan Am Kejohanan Sukan   Jelajah  Forum Dan Ekspo Mampan.

 

PAKAIAN DAN PERALATAN

  • Semua pemain hendaklah memakai Jersi SERAGAM DAN BERNOMBOR 1 HINGGA 36

 

SISTEM PERTANDINGAN

  • Perlawanan peringkat awal dijalankan secara pemilihan di setiap  kumpulan.
  • Penentuan kumpulan akan ditentukan oleh jawatankuasa pengelola berdasarkan kepada jumlah penyertaan pasukan.
  • Regu menang mendapat 2 mata dan kalah 0 mata
  • Jika pungutan mata sama untuk menentukan johan dan naib johan kumpulan, kaedah berikut akan digunakan :-
    • Kiraan perbezaan set
    • Kiraan perbezaan mata
    • Sekiranya masih seri maka regu siapa mengalahkan siapa diambil kira.


MENARIK DIRI

  • Menarik diri adalah tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan boleh diambil tindakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur kejohanan.
  • Semua keputusan pertandingan terdahulu (dalam liga) melibatkan pasukan berkenaan juga tidak akan diambil kira.

 


HADIAH DAN PEMENANG

  •  Setiap tim akan menerima hemper yang telah disediakan oleh pengelola pertandingan

 

PENGURUSAN

  • Kejohanan ini dianjurkan oleh JELAJAH FORUM & EKSPO MAMPAN
  • Urusan pengelolaan kejohanan ini dikelolakan oleh Ketua Teknikal Sepak Takraw Kejohanan Sukan Jelajah Forum Dan Ekspo Mampan bersama jawatankuasa yang diputuskan oleh pengelola.
  • Jawatankuasa pengelola berhak mengubah peraturan pertandingan mengikut keadaan semasa kejohanan berlangsung.
  • Jawatankuasa berhak menyelesaikan aduan dan bantahan daripada mana-mana pasukan.


MATLAMAT AKTIVITI

  • Memupuk dan mengeratkan silaturrahim di dalam mahupun di luar kejohanan.
  • Mendidik sifat kesabaran dan kekuatan serta disiplin setiap diri di dalam pasukan.
  • Mendidik sifat berdaya saing secara sihat dalam menyertai sesebuah pertandingan.

Semoga kejohanan persahabatan ini dapat berjalan dengan jayanya serta dapat mencapai matlamat yang diharapkan.


Untuk pengetahuan lanjut, sila hubungi:

Encik Saudi - 012 255 9757