Loading

Penerangan tentang Jelajah Forum & Ekspo Mampan (JFE Mampan)

 

Apakah JFE Mampan

Penjelajahan ke segenap negeri bagi acara selama dua hari merangkumi forum dan ekspo serta pelbagai aktiviti bertemakan pembangunan mampan melibatkan berbagai pihak yang mewakili berbagai komponen masyarakat dan agensi kerajaan.


 

 

 

Matlamat JFE Mampan

Memperkukuh jaringan dan integrasi berbagai pihak berkepentingan demi Agenda Pembangunan Mampan Negara.

 

 

Nilai-nilai JFE Mampan


JFE Mampan dilaksanakan atas landasan nilai-nilai yang berikut:

  • Perpaduan dan integrasi
  • Kelestarian alam sekitar
  • Pembangunan ekonomi yang inklusif
  • Pemerkasaan masyarakat
  • Jati diri dan patriotisma
  • Seni dan budaya tempatan

 

Impak Sasaran JFE Mampan

  • Peningkatan kesedaran masyarakat tentang agenda mampan
  • Peningkatan keupayaan masyarakat khususnya dalam kemahiran dan keusahawan
  • Penyertaan masyarakat secara berterusan dan inklusif dalam agenda pembangunan Negara

 

 

Penganjur JFE Mampan

Gabungan beberapa badan bukan kerajaan yang membentuk Sekretariat Jelajah Forum & Ekspo Mampan.

 

Penerangan Logo JFE Mampan
 


Daun bertaut dan membentuk huruf ‘M’ adalah simbolik kepada perkataan MAMPAN. Pemilihan daun kerana daun memberi maksud tumbuh dan hidup. Ia sentiasa didorong untuk tetap tumbuh, hidup dan berkembang segar. Sesuai dengan perkataan MAMPAN yang memberi maksud kebolehan atau kemampuan mengekalkan keadaan (sustainable).

Bulatan berwarna biru memberi maksud kesatuan, masyarakat dan komuniti yang bekerjasama dalam mencapai matlamat MAMPAN. Biru juga membawa maksud ketenangan, keyakinan dan kepercayaan di dalam komuniti untuk pembangunan yang MAMPAN.

 


Idea Jelajah Forum &Ekspo Mampan

Titik tolak permulaan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan adalah bermula dari kalangan ahli-ahli berbagai badan jaringan Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia yang kebanyakannya adalah golongan usahawan. Justeru itu, Yayasan sebagai satu lembaga pendidikan dan perlatihan mengambil inisiatif untuk merangka program yang dapat memberi input yang relevan dengan suasana semasa di samping peluang kepada komuniti usahawan untuk melebarkan jaringan.

Rentetan itu, Yayasan Al-Tarbiyah Malaysia telah mengadakan Forum dan Ekspo Mampan bermula pada 2014 di Maktab Koperasi Malaysia dengan memberi focus kepada isu jaminan makanan Negara.

Program ini dilaksanakan dalam bentuk forum yang menampilkan barisan ahli panel yang berkepakaran serta berpengalaman dalam bidang yang berkenaan serta memberi ruang pameran untuk para usahawan khususnya yang terbabit dalam putaran sistem bekalan makanan di negara ini.

Pada tahun 2015 Forum dan Ekspo Mampan mula membawa perspektif yang lebih meluas yakni pembangunan mampan yang menuntut keharmonian hubungan antara masyarakat, ekonomi dan alam sekitar.

 

Antara agensi kerajaan, swasta dan badan masyarakat yang bersama-sama menjayakan Jelajah Forum dan Ekspo Mampan dari 2016 hingga sekarang:

Perjalanan

Jelajah Forum dan Ekspo Mampan

#JFEM

UKM-MTDC, Bangi
Lihat

#JFEM

UTHM, Batu Pahat
Lihat

#JFEM

PUSAT DAGANGAN TERENGGANU.
Lihat

#JFEM

DATARAN DATO' SHEIKH AHMAD, KANGAR
Lihat

#JFEM

RTC Gopeng
Lihat

#JFEM

RTC Sg. Rambai
Lihat

#JFEM

Taman Gelora, Kuantan
Lihat

#JFEM

Dewan Millenium, Kepala Batas
Lihat

#JFEM

RTC, Rembau
Lihat

#JFEM

Dewan Terbuka Majlis Daerah Pasir Puteh
Lihat

#JFEM

Virtual
Lihat

#JFEM

Tenom
Lihat

Sertai MAMPAN


Isikan borang di bawah untuk pendaftaran jika anda tidak menggunakan akaun facebook

Borang Pendaftaran MAMPAN








Maklumat
hubungi kami
Sekretariat Jelajah Forum dan Ekspo Mampan.

Suite 4D, Tingkat 4, Blok 1, Worldwide Business Park,

Jalan Tinju 13/50, 40675 Shah Alam, Selangor.

sekretariat@mampan.net

+603 5512 4215

forum.ekspo.mampan