Kesenian & Kebudayaan

Lokasi: Pentas RTC Gopeng

Masa: 15:00 PM
Senarai Program

Maklumat Program

Buskers, Qasidah dan Kompang adalah tarikan “Kebudayaan Rakyat” yang akan menemui pengunjung antara pukul 3.00 - 4.00 petang pada 18 Februari di JFEM Perak 2017 bertempat di pentas RTC Gopeng.

BUSKERS (Belia)
Buskers merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.

QASIDAH (Wanita)
Qasidah adalah puisi berbentuk luahan hati rindu atau ucapan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW yang dibuat dalam bentuk syair. Qasidah Burdah adalah antara qasidah yang termasyhur di dunia dan sentiasa menjadi hiasan bibir sebagai ingatan kepada Rasullulah SAW.

KOMPANG (Lelaki)
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.

Untuk pengetahuan lanjut, sila hubungi:
Encik Basha - 019 619 0355