Mampan Eco Ride

Lokasi: Lapangan RTC Gopeng

Masa: 08:00 AM
Senarai Program

Maklumat Program



MAMPAN Eco-Ride  adalah program berbasikal yang dianjurkan oleh JFEM 2017 peringkat Negeri Perak. Aktiviti berbasikal bukan sahaja satu bentuk senaman dan rekreasi tetapi juga sebagai satu bentuk pengangkutan di bandar. Ianya murah, mudah, boleh dipercayai dan bentuk pengangkutan yang sesuai serta tidak memerlukan cukai jalan, insurans dan bil minyak serta murah untuk diselenggara. Ianya dapat menjimatkan tenaga dan ruang, serta melindungi seseorang daripada kesan penggunaan automobil yang merosakkan kesihatan. Dengan berbasikal juga akan meningkatkan kesihatan kerana berbasikal secara tetap menjadikan kita kurang menghidap penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan penyakit lain. (Sumber: British Heart Foundation)


 

Penerangan

1. Laluan kayuhan sejauh 30km, daripada RTC Gopeng - Simpang Pulai - Kg Seri Rahmat - RTC Gopeng. Berhenti rehat sebentar di Kg Seri Rahmat.

2. Jangkaan penyertaan 200 orang dari tim cyclist tempatan termasuk masyarakat setempat dan 50 dari tim ACT. Kemungkinan juga kayuhan akan disertai oleh YB Menteri Besar Perak serta beberapa exco kerajaan negeri (jika YB Menteri Besar mempunyai kelapangan masa).

3. Polis, JPAM dan marshal (20 orang) akan memastikan kelancaran dan keselamatan peserta sepanjang laluan.

4. Baju mampan Eco-Ride dan topi ACT ada dijual di booth pameran ACT.

Untuk pengetahuan lanjut, sila hubungi:
Encik Muamar - 013 367 7676