Pembuatan Baja & Kawalan Serangga Organik

Lokasi: Dewan Terbuka Majlis Daerah Pasir Puteh,Pasir Puteh,Kelantan.

Masa: 09:00 AM
Senarai Program

Maklumat Program

Kaedah Pertanian Cinta Alam/ Alami/ Organik

Kompos ialah bahan organik yang telah reput dan terurai dalam proses pengomposan. Kompos adalah bahan utama dalam pertanian organik. Asasnya, proses pengomposan hanya memerlukan timbunan buangan organik di kawasan terbuka dan menunggu bahan-bahan tersebut terurai dari enam minggu atau lebih. Namun, kaedah pengomposan moden menggunakan beberapa langkah proses, dipantau dengan teliti dengan kemasukan air, udara, dan bahan yang kaya dengan karbon dan nitrogen.

Kompos kaya dengan nutrien dan digunakan secara meluas sebagai baja, tanah tambahan tanaman dan pengawal serangga semulajadi pada tanah.

Ketahui dengan lebih lanjut manfaat kompos dalam Bengkel Pertanian: Pembuatan Baja & Kawalan Serangga Organik di Jelajah Forum Dan Ekspo Mampan Peringkat Negeri Kelantan 2020.

Jadual Program:

Yuran:PERCUMA
Tarikh:15 Mac 2020
Hari:Ahad
Masa:9.00 pagi
Tempat:Dewan Terbuka Majlis Daerah Pasir Puteh,Pasir Puteh,Kelantan.

Untuk pendaftaran daftar di link:

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSe9IBLYmXaFlHoNEn…/viewform